Baby Baru Berusia 7 Bulan Menghidap Penyakit Jantung Dan Memerlukan Rawatan Susulan


Baby Baru Berusia 7 Bulan Menghidap Penyakit Jantung Dan Memerlukan Rawatan Susulan


MarhaenMY - Juliana binti Ismail
Shah Alam, Selangor
Published: Jan 14, 2023
100%
RM 6,050.00 RM 6,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
605.0
Lot Telah Terbeli
259
Penyumbang
2,871
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
600 Lot Ditawarkan

Saya memerlukan bantuan kewangan bagi menanggung kos rawatan jantung salah seorang anak kami iaitu , Qaiser Attique yang baru sahaja berusia 7 bulan mengalami penyakit jantung sejak lahir susulan bukaan injap dan saluran darahnya amat kecil sehingga darah tidak dapat mengalir ke badannya secara normal. Anak bongsu kami hanya boleh minum susu tepung khas berharga lebih RM100 satu kotak. Memang mati akal saya memikirkan nasib kami. Ini ditambah perbelanjaan tiga lagi anak yang masih bersekolah. Suami saya pula Abd. Hanan Yusof yang berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pelukis pelan telah menghabiskan 60 hari cuti sakit yang diperuntukan syarikat bagi rawatan akibat kemalangan jalan raya pada Oktober tahun lalu. Kemalangan itu berlaku ketika pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Damansara dengan menunggang motosikal yang menyebabkannya patah bahu, lengan, pergelangan tangan serta dua jari kelingking.

 

Perbelanjaan rawatan itu adalah antara RM100 hingga RM300 dengan pendapatan bulanannya hanya RM4,000. Ini adalah kali kelima beliau kemalangan dengan paling teruk pada Disember 2018 apabila patah rusuk dan bahu. Kali ini, tempoh rawatan selama lima bulan. Semua cuti sakit sudah diambil, jadi selepas ini cuti tanpa gaji pula. DIsebabkan suami saya sahaja penanggung tunggal disebabkan saya , Juliana Ismail terpaksa berhenti kerja sebelum ini atas faktor kesihatan selepas melahirkan anak bongsu mereka, Qaiser Attique Harith Abd. Hanan yang kini berusia tujuh bulan. Kalau ikutkan memang terlampau banyak kami kesempitan wang untuk membayar yuran sekolah anak anak , keperluan harian kami , keperluan suami dan paling penting untuk anak bongsu kami. Agak susah disebabkan buat masa sekarang , kami berdua tidak dapat keluar bekerja dan kos sara hidup yang semakin meningkat kini . Setakat ini , kami masih belum pernah meminta mana mana bantuan dari pihak lain lagi . Sebelum ini , saya bekerja sebagai Area Supervisor di Love & Laugh Islamic Childcare. Berhenti sbb saya high risks pregnancy. Brenti atas nasihat Dr. Bila kandungan 7 bulan ++ baru dapat tahu baby ada masalah jantung. Terus tak keje sejak nov 2021.

 

1. Qaiser Adam Harith (9 tahun / pesakit Thalassemia Intermedia / checkup setiap 3 bulan di HPKK Cheras) 2. Qaiser Ad-Dean Harith (6 tahun /Pre-term twins / broncholitis) 3. Qaiser Ay-Deen Harith (6 tahun /Thalassemia Carrier) 4. Qaisara Adlea Hanaa (5 tahun / Thalassemia Carrier) 5. Qaiser Attique Harith (8 bulan / Hypoplastic Aortic Arch & Bronchopnuemonia)

Read More



Updates




Update 8 / 2 / 2023

Qaiser masih checkup di Pusat Jantung Hosp Serdang dan Hosp Shah Alam. Alhamdulillah setakat ni stabil tapi kena berhati2 juga sebab paru2 pun sensitif. Bantuan kami ada dapat sumbangan dari orang ramai dan kawan2 juga. Suami masih belum boleh bekerja. Jari yang cedera tu masih belum boleh bergerak. Masih kena fisio sebab dah keras. Company kata cuti dah habis bulan 12. So sekarang unpaid leave. Ikutkan buat masa ni Qaiser stabil. Kami cuma perlu alert dia tak bertukar biru atau kena recession. Dr plan nak buat pembedahan umur 2 tahun sebab tak nak usik valve. Saya tak dapat nak kerja sebab bila saya cakap anak ada masalah jantung semua taska tak nak terima. Yang kami runsingkan adalah perbelanjaan sekolah anak2 kembar masuk darjah 1. Yang tinggi still perbelanjaan susu dan  diaper. Kami cuba bagi susu murah macam dutch baby atau lactogen tapi tak sesuai. Kami selalu cari yang refill paling murah di speedmart RM75++. Kalau ada duit lebih beli yang 1.2kg RM140++. Susu ni memang suggest by Dr. Alhamdulillah serasi dgn Qaiser

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Faris  RM10.00
Top Contribution
Minah  RM200.00
First Contribution
Maz  RM20.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

605.0

Lot Telah Terbeli

259

Penyumbang

2,871

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Faris  RM10.00
Top Contribution
Minah  RM200.00
First Contribution
Maz  RM20.00