Tukang Jahit Kasut Memerlukan Bantuan


Tukang Jahit Kasut Memerlukan Bantuan


MarhaenMY - Muhammad Khairul Nizam Bin Mohd Tamyis
Ulu Tiram, Johor
Published: Mar 22, 2023
100%
RM 10,000.00 RM 10,000.00


0.0
Baki Lot Diperlukan
1,000.0
Lot Telah Terbeli
286
Penyumbang
3,689
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Khairul Nizam memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk kelangsungan kehidupan anak anaknya , dia merupakan seorang tukang kasut jalanan yang menjaga dua orang anak yang berusia 2 tahun dan 4 tahun. Dia sehinggakan terpaksa membawa mereka ke tempat kerjanya akibat tidak mampu untuk hantar ke pengasuh . Lebih mesra disapa Sad yang baru sahaja berusia 24 tahun itu mengatakan bahawa sebelum ini dia membawa empat anak ke situ tetapi dua daripadanya telah dijaga oleh bekas isterinya sejak November tahun lalu. Sebelum mereka bercerai pada Mac 2022, dia terpaksa mengusung empat anak termasuk seorang yang masih bayi ke lokasi tempat dia mencari makan kerana tiada wang untuk menghantar ke pusat jagaan selain tidak mahu menyusahkan keluarganya. Tiga tahun dia membaiki kasut di hadapan sebuah bank di Taman Johor Jaya sambil mengusung anak-anak bersama. Pendapatan tidak menentu ke­rana ada hari ramai dan kadang-kadang sedikit sahaja pelanggan. Dia berasa bersyukur kerana ini sahaja kemahiran yang saya ada. Saya tahu membaiki kasut ketika mengikut bapa yang mencari makan di dalam pasar raya. Keadaan jadi mencabar apabila perlu menjaga anak dan menangis hendak susu tetapi dalam masa sama perlu membaiki kasut. Jika bayinya lapar, dia terpaksa ke kedai makan berhampiran untuk menyediakan susu dan akan menyambung kerja selepas anaknya tertidur. Bebannya sedikit ringan apabila bekas isterinya menjaga dua anaknya di Bandar Baru Uda di sini sebelum pergi kerja sejak November lalu. Sebelum ini Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) ada menawarkan bantuan dan meminta dia berpindah ke premis lebih selesa tetapi saya tolak kerana takut kehilangan pelanggan. Jarak rumah ke tempat saya bertukang tu 25 minit dan menggunakan kereta. Kereta ni pun mak, kakak dan abang beli kongsi duit beli untuk saya. Sad yang merupakan anak ke 4 daripada 4 orang adik beradik. Kini dia dan anak anak tinggal di rumah ibunya buat sementara waktu kerana tidak mampu untuk menyewa mana mana rumah lagi , pendapatannya yang lebih kurang RM800 atau lebih rendah setiap bulan membuatkan dia lebih tertekan dalam masalah kewangan ini. Mak Sad ada membantu sedikit untuk keperluan anak2 dia dan mak dia niaga goreng pisang di Jalan Badik Puteri Wangsa. Untuk bil api abang ipar bayar dan air mak yang bayar. Dia ada cuba meminta bantuan daripada zakat tetapi masih lagi di dalam proses dan belum tahu keputusannya.

Read More



Updates




Update 3 / 05 / 2023

Dana saya dapat sebelum ni saya beli barang untuk anak2. Andai ada bantuan lagi diberikan saya bersyukur. Saya dah tak bawa anak2 pergi kerja dah. Masa kerja 8am - 2pm. Pihak JKM kata kalau belum dapat upah orang jaga anak, saya kena kerja separuh hari sahaja. Mak saya niaga petang, kalau mak saya da nak pergi niaga saya tutup, lepas tu saya jaga pulak anak. Saya sudah isi borang JKM cuma tak tahu lulus ke tak. Kalau jahit satu pasang dalam 1 jam, jahit biasa kalau jahit simpan dalam 1.30 minit.

Update 20 / 07 / 23

Assalamualaikum tuan puan, anak saya masuk hospital semalam dan harini petang dia dah boleh keluar. Dia admit hospital Sultan Ismail dan saya hantar dia naik motor. Anak saya kena paru-paru ada kuman dengan darah sekali. Anak saya lagi seorang nenek dia jaga dan siang kakak saya jaga. Hari Jumaat (21/7/23) adik dia pulak masuk hospital dan 23/7/2023 checkup paru2 hidung telinga. Saya dah check saya ada dapat bantuan JKM RM400 sebulan.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM212.00
Top Contribution
NURHAYATI  RM1,200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00

0.0

Baki Lot Diperlukan

1,000.0

Lot Telah Terbeli

286

Penyumbang

3,689

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Baki lot telah mencukupi.

Recent Contribution
Ih  RM212.00
Top Contribution
NURHAYATI  RM1,200.00
First Contribution
Saripah  RM10.00