Marilah sama-sama kita membantu perbuatan yang mulia ini dalam menjayakan misi kami. Ayuh, bersama kita bantu yang memerlukan pertolongan!
Assalamualaikum dan salam sejahtera seluruh rakyat Malaysia yang budiman.
Kami dari Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) ingin membantu di seluruh Malaysia, namun begitu kami tidak mampu buat tanpa bantuan anda semua. Jadi, kami di Persatuan Penempatan Dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) dengan penuh rasa rendah diri ingin mengalu-alukan sumbangan dan infaq tuan dan puan yang budiman bagi membeli kenderaan bagi kegunaan pertubuhan. Kami terpanggil untuk mengumpul dana bagi mempersiap jentera sebaiknya bagi menghadapi kemungkinan musibah-musibah akan datang.
Kenderaan yang akan membawa ahli jawatankuasa untuk menyerahkan pelbagai sumbangan. Oleh itu, pihak kami ingin memohon sumbangan orang ramai untuk membeli kenderaan ini untuk memudahkan proses bantuan bencana alam dan sebagainya. Kenderaan ini akan digunakan bagi semua aktiviti seperti:
1. Bantuan bencana alam
2. Bantuan kebajikan
3. Bantuan kemanusiaan
4. Bantuan sukarelawan
5. Pentadbiran
6. Membawa bekas pesalah penjara untuk aktiviti kemasyarakatan
Kenderaan ini akan membawa petugas sukarelawan ke kawasan pedalaman untuk membantu mereka yang memerlukan. Harapan kami agar menerusi bantuan dana bagi membeli kenderaan, dapat meneruskan misi kami membantu orang yang memerlukan bantuan. Tambahan, sekiranya berlaku kejadian kecemasan di mana tempat tinggal mereka pula di pedalaman dan memerlukan kenderaan tambahan selain dari kenderaan sendiri.
Kenderaan ini yang akan membawa bekalan makanan atau minuman serta barangan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang dalam kesusahan.
Bot ini diperlukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Firman Allah SWT:
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita." (Surah al-Baqarah: 274)