Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Dengan nama Allah SWT diharap semoga semua penyumbang-penyumbang berada di dalam keadaan sihat serta dilindungi olehnya bersama keluarga tersayang. Semoga hari-hari yang mendatang kita semua beroleh keberkatan serta dirahmati.
Dugaan kesihatan merupakan sesuatu yang cukup berat. Bagi yang berkemampuan mungkin mereka boleh melakukan pelbagai ikhtiar untuk kembali sembuh. Namun tidak semua pula yang berkemampuan, sesetengah penyakit atau komplikasi memerlukan kos rawatan atau pembedahan yang mencecah ratusan ribu. Bayangkan disebabkan tak mampu menanggung kos rawatan itu ada antara asnaf yang terus menderita sakit.
JOM BANTU DALAM IKHTIAR MEREKA UNTUK TERUS SIHAT
Simpati dengan nasib sesetengah insan yang tidak berkemampuan, Persatuan Penempatan dan Pemulihan Penjara (PEMAAF) berhasrat untuk membantu saudari Noraini yang kini di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu yang kini terlantar akibat kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 1 Februari 2023 pada pukul 12.15 tengahari Marang di jalan menuju ke Dungun. Kemalangan itu melibatkan 5 buah kenderaan termasuk satu buah lori pasir, ketika kejadian tersebut Noraini bersama dua orang anaknya menuju ke sebuah kedai makan namun tidak sempat, akibat kejadian kemalangan tersebut dua anak Noraini telah mengalami cedera serta dibawa ke hospital oleh orang ramai.
Keadaan Noraini pula mengalami kecederaan yang serius iaitu 5 tulang rusuk sebelah kanan telah patah, patah tulang pinggul dan tulang belakang serta mengalami retakan di belakang tengkuk. Ia juga melibatkan saraf menyebabkan Noraini dalam keadaan koma sehingga sekarang. Beliau masih memerlukan perhatian yang lebih terhadapnya kerana usia kandungan Noraini berusia 4 bulan sama ada kandungan itu perlu di selamatkan atau perlu digugurkan demi menyelamatkan Noraini. Di peringkat seterusnya adalah Noraini perlu dibedah untuk rawatan di tulang belakang yang mengalami kecederaan yang teruk. Noraini merupakan suri rumah sepenuh masa,suaminya hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Bantuan orang ramai amatlah diperlukan dengan kadar segera bagi mempermudahkan urusan beliau.
BAGAIMANA TABUNG INI BERFUNGSI?
Hasil sumbangan untuk tabung ini akan kami untuk membekalkan rawatan hospital,di serahkan kepada suami mangsa untuk membeli peralatan serta membayar kos pembedahan serta kos lain-lain. Mungkin selepas ini mereka dapat sihat, mendengar atau melihat semula hasil sumbangan anda. Jenis bantuan yang akan disampaikan terdiri daripada:
1. Ubat-Ubatan
2. Alat bantuan kesihatan seperti alat saluran penafasan, tongkat & kerusi roda
3. Kos pembedahan
4. Kos rawatan susulan ke hospital
Dari Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya: "Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah
maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat."
(Riwayat Ibn Majah 2417)
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.
Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.