Suami Diserang Stroke Berdarah, Merosakkan 70% Saraf Otak


Suami Diserang Stroke Berdarah, Merosakkan 70% Saraf Otak


MarhaenMY - Sakinah binti Abdullah
Kuala Terengganu, Terengganu
Published: May 11, 2023
46.25%
RM 4,645.00 RM 10,000.00


537.5
Baki Lot Diperlukan
464.5
Lot Telah Terbeli
221
Penyumbang
2,933
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
1000 Lot Ditawarkan

Sakinah merupakan seorang suri rumah dan si suami iaitu Ahmad Azahar yang berumur 55 tahun dan mereka sekeluarga tinggal di rumah sendiri di Kampung Tok Jembal di Kuala Terengganu. Kini suaminya tidak lagi cergas seperti dahulu dan hanya terbaring akibat serangan strok berdarah sejak lapan bulan lalu. Suaminya juga bukan sahaja tidak mampu lagi untuk bekerja sebagai tukang rumah, malah telah kehilangan ingatan dan tidak mampu lagi menguruskan diri . Serangan strok berdarah pada 12 September tahun lalu itu telah merosakkan kira-kira 70 peratus saraf otak suami beliau dan dia kini tidak ingat apa-apa dan hanya boleh minum susu khas yang dimasukkan menerusi tiub yang ditebuk melalui kerongkongnya sahaja dan tidak mampu untuk makan makanan yang biasa seperti orang normal. Kejadian bermula pada pukul 4 pagi , suaminya mengadu sakit kepala yang teramat sebelum dia diserang sawan dan suaminya telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu sebelum disahkan mengalami strok berdarah. Kini suami Sakinah ini juga dirawat di hospital tesebut. Keadaanya sangat kritikal sehingga dia terpaksa ditidurkan di dalam wad selama dua bulan.

Suami kini sudah stabil, namun dirinya banyak berubah dan bukan lagi seperti dahulu sehinggakan Sakinah sendiri pun dia tidak kenal. Suami dia still lagi ada checkup kat hospital, kadang2 sebulan sekali atau pun 2 bulan sekali. Kini dia terpaksa mengalihkan tumpuan sepenuhnya kepada suaminya dan menye­rahkan pengurusan kedai makan kepada anak sulungnya iaitu Wan Ahmad Faizal yang berusia 31 tahun. Sakinah mempunyai 5 orang anak dan hanya ada anak bongsu beliau masih belum berkahwin dan masih belajar di Akedemi Binaan Malaysia, berusia 20 tahun. Kadang kala ada juga anak yang keempat berumur 23 tahun bantu beliau untuk menjaga suaminya. Anak2 yang lain dah kahwin tu ada juga bantu tapi sikit2 sebab kerja pun biasa je. Perniagaan kedai makan mereka di Kuala Terengganu itu agak merosot pada waktu ini ekoran keadaan ekonomi semasa sedangkan kos perubatan suami mencecah RM3,000 sebulan termasuk kos keperluan seperti pampers dan susu. Susu guna 15 tin dan sebulan pampers dalam 10 pack. Tunggakan bil api air pun ada. Ikut keperluan asas pun kadang2 tak cukup untuk kami. Bagi menampung perbelanjaan termasuk membiayai kos pengajian anak bongsu berusia 20 tahun yang masih belajar di Akademi Binaan Malaysia, Sakinah sendiri kini dia mengambil upah membuat ketupat palas. Boleh dapat dalam RM100/RM150 kalau dia sempat. Setakat ini , keluarga Sakinah tidak pernah menerima apa apa bantuan dari mana mana pihak. Saya ada mohon medan dah masuk 3 bulan katanya masih dalam proses.

Read More



Updates




Update 31 / 05 / 23

Wsalam keadaan suami akak mcam biasa je tapi sekarang mata suami akak tak nampak. Suami akak sekarang masih terbaring. Suami akak bergantung pada susu sahaja melalui tiub dan tak boleh makan / minum. Akak ada mohon maidam pada bulan Januari tapi tak dapat lagi dan JKM akak belum cuba lagi. Buat masa ni dari segi kewangan memang daripada restoran yang anak akak dah ambik alih tu. Tapi sekarang perniagaan anak akak tak mcam dulu lagi sebab banyak persaingan dan keadaan ekonomi sekarang. Kadang tu ada lah anak akak dan adik beradik bantu sikit-sikit. Akak nak ucap kan terima kasih marhaen sudi membantu akak sebab buat masa ni suami akak banyak appointment kat hospital sumbangan yang marhaen bagi dapat lah akak sewa ambulans untuk ulang alik. Sewa ambulans RM200 kdang ade 2 /3 kali sebulan.

Update 12 / 06 / 23

Terima kasih dapat lah meringan kan sikit beban akak sebab suami akak kena tahan wad lagi. Batuk teruk ada jakitan kuman dekat paru2 dengan air kencing. Tak tahu lah berapa lama kena duduk wad sebab dia kena habis kan antibiotik dulu sebab doktor nak pantau dulu takut kuman merebak kat tempat lain.

Update 21 / 07 / 23

Suami akak mata dah tak boleh melihat dan masih terlantar lagi doktor kata sebab saraf otak. Rawatan susulan masih ada akak terpaksa sewa ambulan dalam sebulan tu ada 3 kali. Leher suami yang ditebuk tu masih lagi digunakan. Rawatan susulan dia pergi tu check Otak, Saraf, Mata, Psikitri, Tekak dan Ambik darah. Macam dekat leher tu kalau akak kena tukar 6 bulan sekali kos alat diguna kan RM350, tukar tiub susu 2 minggu sekali RM70 sebab tak nak ada kuman. Biasa tukar dekat hospital. Kalau yang dekat leher tu kat hospital kena bayar. Untuk tukar tiub susu biasa private nurse datang tukar kat rumah.

Read More



Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Iskandar  RM60.00
Top Contribution
Mhd  RM100.00
First Contribution
Nj  RM10.00

537.5

Baki Lot Diperlukan

464.5

Lot Telah Terbeli

221

Penyumbang

2,933

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Iskandar  RM60.00
Top Contribution
Mhd  RM100.00
First Contribution
Nj  RM10.00