Program Keluarga sihat, Masyarakat Sejahtera adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan penkagaan kesihatan dari segi fizikal dan emosi agar dapat merealisasikan keluarga sihat , masyarakat sejahtera.
OBJEKTIF Perlaksanaan program ini dapat membantu pihak kerajaan dengan objektif seperti berikut :
Objektif 1
Dapat memberi pendedahan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dari segi fizikal dan emosi kepada masyarakat.
Objektif 2
Dengan pendedahan yang di berikan akan dapat membantu masyarakat lebih berkeyakinan dalam meneruskan kehidupan seharian.
Objektif 3
Dalam membina keluarga yang sihat, masyarakat akan dapat membantu keluarga lain agar lebih prihatin dan dapat menyumbang dalam keharmonian dalam masyarakat.
Objektif 4
Memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk meluahkan masalah keluarga dengan pihak yang berkenaan.
Objektif 5
Membantu meningkatkan keupayaan dan potensi diri serta dapat berdikari dalam mengharungi kehidupan yang sihat.
CADANGAN TARIKH :16hb Disember 2023
CADANGAN TEMPAT : Dewan Lanchang, Temerloh, Pahang
KUMPULAN SASAR : Kumpulan sasaran adalah dari kalangan ketua keluarga, wanita dan ketua masyarakat sekitarnya.
BILANGAN PESERTA: Bilangan peserta seramai 100 orang
Dengan adanya program ini, lebih kurang 100 orang akan mendapat faedah seperti berikut
Faedah 1
Peserta akan mendapat pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan emosi.
Faedah 2
Dengan pengetahuan ini peserta akan menyedari bahawa agensi-agensi kerajaan yang akan dapat membantu bagi menyelesaikan masalah yang di hadapi.
Faedah 3
Peserta juga akan dapat menyampai pengetahuan kepada masyarakat yang lain.
Faedah 4
Masyarakat akan berkeyakinan dalam menghadapi tekanan selepas pendemik COVID 19
Faedah 5
Apabila Keluarga sihat, masyarakat akan menjadi harmoni
KESIMPULAN
Persatuan Bantuan Masyarakat Malaysia, Cawangan Negeri Pahang, percaya dengan penganjuran program sebegini akan dapat membentuk masyarakat yang sedar akan kepentingan kesihatan yang sempurna bagi menjamin kehidupan sejahtera yang akan membina keluarga yang harmoni. Selain itu, di masa akan datang lebih ramai yang sudi menampilkan diri untuk menderma serta membantu insan yang memerlukannya