Bantuan Perubatan Selepas Patah Tulang Kaki Dilanggar Kereta


Bantuan Perubatan Selepas Patah Tulang Kaki Dilanggar Kereta


MarhaenMY - NOR FAEZAH BINTI ROSLI
Yan, Kedah
Published: Nov 02, 2023
38.04%
RM 961.00 RM 2,500.00


154.9
Baki Lot Diperlukan
96.1
Lot Telah Terbeli
40
Penyumbang
823
Pengunjung

1 Lot = RM 10.00
250 Lot Ditawarkan

Saya NOR FAEZAH BINTI ROSLI, sangat memerlukan bantuan. Saya berumur 32 tahun dan belum berkahwin. Saya kemalangan keitika bonceng motosikal dilanggar oleh kereta dari sebelah kiri di simpang 4 pada 21 Oktober 2018. Memang direct langgar kaki kiri saya. Kecederaan saya bukan di kaki kiri semata-mata, ada pendarahan otak kanan, retak-retak tengkorak. Saya hilang ingatan, lepas sebulan setengah rasanya baru saya sedar saya di hospital rupanya. Pendengaran telinga kanan juga terjejas agak teruk tak stabil untuk berdiri menggunakan tongkat. Pernah cuba tapi terlentang terus ke lantai hospital & kepala terhantuk ke lantai. Keadaan saya hanya terlantar di katil. Kalau ke hospital untuk temujanji baru naik wheelchair untuk ke kereta. Masih ada temujanji dengan pakar tulang. Baru keluarkan besi ilizarov daripada tulang betis dan pergelangan kaki kiri pada 14/6/2023. Dalam sebulan jumpa doktor seminggu atau dua minggu sekali lepas pembedahan, sebulan sekali ataupun dua bulan sekali. Lepas tu akan datang ni bulan februari tahun depan pulak, ikut pakar tulang tu. Kebanyakan pergi untuk x-ray pantau keadaan tulang paha kiri sama ada bercantum semula berapa peratus. Sebab tulang paha kiri yang patah terkeluar akibat kemalangan tu pernah sakit kronik jangkitan kuman (Osteomyelitis). Tulang paha kiri  yang jangkitan kuman tu dipotong buang. Dah 7 kali pembedahan tulang paha kiri guna 3 jenis besi. Pertama implant dalam tulang, kedua besu LRS, dan ketiga plate stainless steel yang ada di tulang paha kiri saya sekarang. Sekarang bezanya kaki dah tak ada besi. Pergelangan kaki kiri masih tak sampai 90 darjah dan jari jari makin senget lebih teruk daripada sebelum pasang besi ilizarov untuk adjust tulang tu. Rawatan tu nampaknya tak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Rawatan tu untuk alih kedudukan pergelangan kaki kiri daripada lurus ke 90 darjah. Saya ada dapat bantuan JKM RM250 sebulan. Lepas setahun ada peningkatan ke RM300 sebulan dan mula dapat bantuan pada bulan November tahun 2020.

Buat masa sekarang saya memang tinggal dengan keluarga bersama 3 orang adik beradik yang lain & mak ayah. Saya ada 6 orang adik beradik dan 2 orang atas saya dan adik no 4 sudah berkahwin. Rumah sekarang ni tumpang rumah arwah atuk sebab rumah tempat membesar dah rosak dimakan anai-anai. Masa accident 2018 tu ada la jugak adik beradik hulur RM10 RM50 masa saya di wad hospital. Lepas dah bertahun terlantar ni, kalau hari raya ada lah dapat duit raya RM50 Alhamdulillah syukur 🤲🏼  Adik perempuan nombor 5 tak kerja sebab dia tolong jaga saya. Dia uruskan masak makanan untuk saya sebab saya lepas accident allergic macam2 hanya boleh makan ayam sahaja. Makanan laut seperti ikan semua tak boleh. Telur ayam allergic paling teruk. Adik lelaki bongsu kerja kat tempat cuci kereta. Mak saya suri rumah dan Ayah ialah pesawah (sewa tanah orang) hasil tuai padi bayar sewa. Bayar upah orang untuk yang ayah saya tak larat uruskan sendiri. Hasil padi teruk sebelum ni dan memang teruskan hidup dengan meminjam wang. Tambahan lagi ada anak seperti saya. Hasil jualan sawah 20K dan bayar sewa tanah RM10K. Satu tahun 2 musim sahaja, satu musim 6 bulan. Sebulan tak tahu nak cakap sebab musim yang lepas kan padi amat-amat teruk, duit yang ada tu nak makan minum pun tak cukup sampai ayah buat pinjaman RM15K di AgroBank. Sekarang pun ada 4000 sahaja lagi untuk survive hidup. Untuk teruskan hidup, sebab padi yang musim kedua belum ada padi. Pokok padi ja baru tinggi, tak keluar padi lagi. Bila musim padi ada duit terus bank tolak RM15K. Ayah tak ada bantuan lain, dapat subsidi baja sahaja. Ayah saya sorang ja yang tahu macam mana uruskan duit. Gunakan hari hari untuk belanja makan minum. Kalau tak ada apa-apa lagi yang tinggal baru ayah saya mohon pinjaman Agrobank tu untuk sambung keperluan hidup sehari-hari. Kebanyakan duit habis sebab beli keperluan saya, saya tak cukup duit nak beli sendiri semuanya walaupun ada bantuan RM300 dari JKM. Mak ayah memang tak ada dapat apa2 bantuan.

Sewa 17 relung serelung RM650 =  RM 11,050
Sewa 5 relung setengah serelung RM550 = RM3025
Total bayar sewa setiap musim = RM14,075

Total RM10K tu yang musim lepas punya bukan bulanan.

Keperluan sebulan saya:

1. Lampin pakai buang dewasa 10 bungkus harga mungkin naik ikut kedai di shopee itu. RM280.60

2. Susu Ensure Gold 850g RM113.70

3. WIN AQUEOUS CREAM (4 bekas sebulan) RM96

4. Tisu untuk kegunaan saya tukar lampin (6 bungkus seminggu, sebulan 24 bungkus) RM309.60

Jumlah = RM780.10

Read More


Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nurul  RM3.00
Top Contribution
Rosnani  RM100.00
First Contribution
Nurul  RM10.00

154.9

Baki Lot Diperlukan

96.1

Lot Telah Terbeli

40

Penyumbang

823

Pengunjung

Terima kasih diatas sokongan anda!
Bantuan telah pun ditutup.

Recent Contribution
Nurul  RM3.00
Top Contribution
Rosnani  RM100.00
First Contribution
Nurul  RM10.00