Pn Zainab Cekal Jaga 2 Anak Berusia 32 & 30 Tahun

1 Lot = RM 10.00
1100 Lot Ditawarkan

 

Seorang ibu tunggal di Kampung Padang Pak Amat, dekat sini, tabah menghadapi dugaan menjaga kedua-dua anaknya yang menderita barah kulit sejak mereka remaja. Puan Zainab berkata, anak-anaknya Muhammad Farhan Naim, 32, dan Muhammad Furizad, 30, bukan sahaja menghadapi ketumbuhan di seluruh badan mereka tetapi tidak dapat berjalan dan gagal mengurus diri sendiri. Yang sulung dah 7 tahun sakit, sekarang tulang belakang bengkok, dan masalah saraf. Lutut sebelah kiri tak boleh nak lurus nak ke tandas dia hanya mengesot. Dia perlu pakai pampers 24 jam. Adiknya pula, setahun lebih dah tak boleh jalan, sakit yang sama seperti abang dia. Tulang belakang juga bengkok dan perlu memakai pamper 24 jam juga. Puan Zainab mempunyai anak perempuan bongsu dan seorang lagi anak tingkatan 3. Anak bongsunya juga menderita penyakit yang sama termasuk paru-paru berair dan meninggal dunia pada 2 September lalu. Semua anaknya dilahirkan normal dan dibesarkan seperti kanak-kanak lain tetapi ketika memasuki usia remaja mereka mula tumbuh ketulan di badan. Kini Puan Zainab tinggal di rumah usang yang menjadi tempat perlindungan adalah warisan suaminya yang meninggal 21 tahun lalu. Puan Zainab mengambil upah untuk menjahit pakaian untuk menyara keluarga tetapi setelah anak-anaknya sakit dia sukar untuk bekerja, gajinya tidak menentu (RM350). Dia pernah cuba menjual makanan dan minuman di depan rumahnya tetapi tidak mendapat sambutan kerana mungkin orang jijik membeli ketika melihat keadaan yang menimpa anak-anaknya. Kini mereka bergantung pada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM350 setiap seorang dan bantuan dari orang ramai. Perbelanjaannya sekitar RM1,000 untuk membeli makanan, lampin pakai buang dan biaya ulang-alik. Kedua-duanya dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia. Puan Zainab pernah kehabisan wang ketika dua anaknya dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia beberapa waktu yang lalu jadi terpaksa berkongsi makanan hospital dengan mereka. Puan Zainab berharap kedua-dua anaknya mendapat kerusi roda untuk mudah mereka bergerak dan juga bantuan kewangan untuk kos rawatan anak-anaknya.




0
Baki Lot Diperlukan
1162
Lot Telah Terbeli
572
Penderma
 
RM 11,620.00 100%

Terima kasih diatas sokongan anda!
Sumbangan dana telah mencukupi dan ditutup.

















Organisasi:


MarhaenMY - Zainab Ag Draman