Ayam Hak Marhaen!




19

JUL
#ayamhakmarhaen
  Affan
  0 comments
  663 views

Kami, marhaen.my menuntut bahawasanya: Ayam Hak Marhaen!

Objektif Kempen Ayam Hak Marhaen: Melahirkan anak anak Malaysia yang cukup zat, sihat dan tidak terbantut pertumbuhan fizikal. #cegahbantut. Sekitar 20% kanak kanak Malaysia bantut! 

Asas Kenapa Ayam adalah Hak Marhaen: 


Protein paling murah untuk rakyat semuanya tidak kira B40 atau T20 adalah ayam dan ini menjadi hak kami dan anak cucu kami untuk makan ayam. Kami tidak mampu dan tidak mahu udang kara, siakap atau ikan keli sebagai sumber protein kami. Kami tidak minta kopi hipster berharga RM20 secawan, kami hanya mahukan harga yang patut untuk ayam sekilogram. Kami tidak mahu anak anak kami bantut dan tidak cukup tinggi buat umurnya!


Dengan ini kami menuntut kerajaan melaksanakan transformasi pertanian dengan menanam input ayam untuk hasilkan dedak. Ini kerana kos input ayam seperti dedak menyumbang kepada 74% harga akhir ayam. Jadi yang mahal bukan ayam tapi kos input. Selesaikan kos input, selesaikan harga ayam secara tuntas.

Huraian Kenapa “Ayam Hak Marhaen!”:


Masalah harga ini berpunca kerana perang Ukrain-Rusia di mana Ukrain menghasilkan dedak. Malaysia bergantung 94% input dedak (diimport) dan ringgit juga sangat lemah ketika ini berbanding US Dollar iaitu pada paras 4.40. Dari 94% itu: 


55% jagung
25% kacang soya.


Jadi apa yang kami marhaen mahu? Menurut @fosyo di twitter BKM tak cukup. Kami bersetuju. Jabatan Netizen Malaysia juga menyangkal propa gomen harga ayam sekarang mampu disubsidikan dengan 100 hengget BKM.

Harga ayam selepas tiada subsidi = RM 11.90 per KG
RM 100 BKM mampu beli secara purata 6 ekor ayam (cukup untuk makan sebulan).

PENEGASAN: Kami marhaen.my menegaskan selain air, elekrik, dan internet, ayam juga adalah utiliti awam. Hak asas keempat selepas air, elektrik dan internet adalah ayam pada harga patut. Jika anda ingin menyumbang kepada Tabung Ayam/Umum/Kesihatan marhaen, sila layari marhaen.my atau klik link ini.

Jom Menyumbang


Coretan Terkini

Marhaen Bekerjasama Dengan Hijra
Jul 20, 2022
The WhatsApp Economy
Jul 19, 2022
Ayam Hak Marhaen!
Jul 19, 2022
Melancong Hak Marhaen: Bagaimana Menyimpan Duit Buat Marhaen
Jul 18, 2022

Jom Kongsi Rezeki

Dana Being Woman
Having a period is just ‘Being a Woman&rsquo...
Bantuan Perubatan Selepas Patah Tulang Kaki Dilanggar Kereta
Saya NOR FAEZAH BINTI ROSLI, sangat memerluka...
PERSIAPAN BENCANA BANJIR TAHUN 2023 DI PANTAI TIMUR
TUJUAN AKTIVITI INI bertujuan adalah untuk mencari...
Anak Berusia 2 Bulan Menghidap Kanser Retinoblastolma
Assalamualaikum, nama saya Mohamad Hafad ayah kepa...

Users comment


No comments

Post a comment